RESEPI NASI AYAM HAINAN
PengenalanResepi Nasi Ayam Hainan merupakan sejenis makanan sedap yang disambut hangat di kalangan masyarakat Cina dan merupakan makanan Cina yang seringkali dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura. Selain itu, makanan ini juga boleh ditemui di negara berjiran iaitu Thailand dan juga di wilayah Hainan, China. Nasi Ayam Hainan ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina, maka asal-usulnya juga berada di Cina.
Nasi Ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/ Singapura telah menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Hidangan Nasi Ayam yang terkini adalah versi yang telah mengalami proses pengubahsuaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing.
Kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam, iaitu air rebusan ayam segar. Hidangan ini sekali lagi bertukar semasa orang Melayu telah minat memasak Nasi Ayam Hainan. Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Resepi yang diubah perlu disukai ramai dan mempunyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan.
Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk gizi seimbang. Maka hidangan "Nasi Ayam Hainan" adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan.
Resepi Nasi Ayam Hainan
Bahan-Bahan untuk Ayam Hainan
(5-6 orang)
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam
Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan untuk Sambal
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan-Bahan untuk Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
Bahan-Bahan untuk Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam
Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan
1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan
1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.
Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan
1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap
1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api.
Di Malaysia, pelbagai cara masakan yang berbeza-beza telah digunakan untuk menghidangkan Nasi Ayam Hainan di kalangan pelbagai kaum etnik. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut citarasa penggemar hidangan Nasi Ayam Hainan.
Dengan mengikut kaedah tradisional Hainam, daging ayam disediakan dengan cara merebus seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam dan mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan air jika diperlukan, segalanya adalah menurut citarasa orang Cina terhadap penghasilan "pati asal". Pati ini tidak digunakan untuk menyediakan nasi, sebaliknya melibatkan pati ayam yang dihasilkan khususnya untuk tujuan tersebut, maka menghasilkan nasi yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang digelar sebagai "nasi minyak".
Selain daripada itu, sesetengah tukang masak meletakkan bahan-bahan hiasan yang istimewa ke dalam nasi dengan mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga meniru gaya penyediaan nasi lemak dengan membubuh santan kelapa ke dalam nasi tersebut.
Lihat Juga...
Resepi Ikan Bakar
Resepi Ikan Bakar adalah sesuatu makanan laut yang dibakar dengan menggunakan arang masakan Indonesia, Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara lain. Resepi Ikan bakar ini terkenal dengan keenakannya dan menjadi wajib kepada masyarakat sekarang.http://resepiikanbakar.blogspot.com/
Resepi Mee Kari
Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, resepi mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.http://resepimeekari.blogspot.com/